Breaking News
light_mode
Trending Tags
Beranda » Tempat Menarik » Kuala Lumpur » √ ISTANA BUDAYA: Sejarah, Tarikan, Harga Tiket

√ ISTANA BUDAYA: Sejarah, Tarikan, Harga Tiket

  • account_circle Team Rekreasi
  • visibility 272

Harga Tiket Istana Budaya – Istana Budaya dibuka secara rasmi pada tahun 1999 sebagai Teater Seni Persembahan Negara Malaysia untuk acara kebudayaan seperti konsert muzik klasik, pertunjukan teater tempatan dan antarabangsa, muzik tempatan tradisional, opera, persembahan tarian dan sebagainya.

Sejarah

sejarah istana budaya

Sejarah Istana Budaya bermula pada tahun 1964 apabila cadangan untuk menubuhkan Pusat Kebudayaan Kebangsaan diajukan oleh Kementerian Penerangan dan Penyiaran, serta Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Sosial.

Istana Budaya diilhamkan semasa Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 sebagai wadah seni Malaysia. Pengwujudannya dimulakan dengan penubuhan Kumpulan Budaya Negara (KBN) pada tahun 1972 di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia, dan Sukan. Pada tahun 1973, KBN berpindah dari Jalan Ampang ke Kompleks Budaya Negara di Jalan Tun Ismail, yang menumpukan kegiatan profesional dalam seni tari dan seni muzik tradisional.

Istana Budaya mula dibina pada tahun 1995 dengan kos pembinaan sebanyak RM210 juta, dengan keluasan 5.44 hektar dan keluasan lantai 21,000 meter persegi. Istana Budaya merupakan panggung pertama di Asia yang dilengkapi dengan mekanisme pentas yang paling canggih untuk pementasan teater.

Rekabentuk bangunan ini mencerminkan kebudayaan Melayu dan terletak berhampiran Tasik Titiwangsa di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pembinaannya siap pada tahun 1998. Pembukaan Istana Budaya dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1999. Nama Istana Budaya digunakan secara rasmi selepas dirasmikan pada 15 September 1999, sebelumnya dikenali sebagai Panggung Negara. Pada tahun 2000, Kabinet memutuskan secara rasmi untuk menggantikan nama Panggung Negara kepada Istana Budaya.

Fungsi

fungsi istana budaya kl
  • Merancang dan melaksanakan persembahan berkualiti dalam bidang teater, tari, dan muzik di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • Meningkatkan kuantiti persembahan yang cemerlang dan unggul di Malaysia.
  • Merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan melalui teknologi komunikasi bagi meningkatkan khalayak.
  • Menyediakan khidmat nasihat dan meningkatkan kepakaran seni persembahan pentas.

Tarikan

tarikan istana budaya

1. Seni Bina

Keunikan senibina Istana Budaya bersandarkan konsep beberapa aspek kebudayaan Melayu. Dilihat dari atas, bangunan Istana Budaya berbentuk seperti wau bulan Kelantan. Bentuk bangunan pula seperti sirih junjung – lambang pemula upacara yang sering digunakan dalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara menyambut tetamu.

Bangunan berkonsepkan bentuk rumah Melayu dengan tiga bahagian utama – serambi untuk lobi, rumah ibu untuk Panggung Sari, serta rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan. Tangga untuk ke Panggung Sari berkonsepkan tangga tradisional rumah Melayu Melaka.

Bangunan ini direka oleh Muhammad Kamar Ya’akub, seorang arkitek tempatan. Sumber inspirasi untuk reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan kepada layang-layang tradisional (wau bulan) yang sedang terbang. Bahagian rekabentuk bangunan utama pula diambil dari bentuk ‘junjung sirih’, satu corak susunan tradisional atau hadiah yang dibuat dari daun sirih yang digunakan untuk upacara sambutan atau perkahwinan orang Melayu.

Seperti rekaan dalaman rumah tradisional Melayu, bahagian dalam bangunan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu “serambi” sebagai lobi dan ruang legar, “rumah ibu” atau ruang utama sebagai auditorium, dan “dapur” sebagai pentas dan dewan raptai.

Rekaan dalaman bangunan ini dibina menggunakan sumber-sumber tempatan seperti marmar dari Langkawi dan kayu tropika berkualiti tinggi untuk pintu-pintu yang diukir dengan tangan membentuk corak bunga dan daun. Hamparan yang menghiasi lantai lobi pula bercorakkan bunga cempaka yang sedang mekar dan pokok beringin. Gambaran ini diambil berdasarkan pementasan tradisional Melayu, Mak Yong dan wayang kulit.

Dewan teater yang dipanggil “Panggung Seri” mempunyai kotak tempat duduk khas yang direka khas menyerupai tingkap rumah tradisional Melayu. Dewan ini boleh menempatkan seramai 1,412 orang pada satu-satu masa. Teater ini merupakan teater pertama di Asia yang dilengkapi dengan peralatan canggih dan terkini. Istana Budaya juga dikelaskan di antara sepuluh teater tercanggih di dunia, dan tarafnya diletakkan bersamaan dengan Royal Albert Hall di London.

“Lambang Sari” merupakan panggung yang saiznya lebih kecil berbanding dengan Panggung Sari. Ia terletak di sebelah kanan Panggung Sari. Panggung ini sesuai untuk persembahan produksi-produksi kecil dengan kapasiti 281 orang penonton pada satu-satu masa. Pentasnya adalah berbentuk arena dengan keluasan lantai 500 meter persegi.

2. Persembahan Opera

Sehingga kini mahupun tidak kerap, Istana ini telah pun mementaskan beberapa opera terkenal dunia yang ditulis oleh penggubah-penggubah legenda, antaranya opera The Merry Widow, Tosca, La bohème, Turandot, Carmen dan banyak lagi diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan dan korus.

Harga Tiket Istana Budaya

harga tiket istana budaya

Harga tiket Istana Budaya berbeza-beza bergantung pada acara yang diadakan.

Baca Juga: Harga Tiket Balai Seni Negara

Waktu Operasi

waktu operasi istana budaya

Waktu operasi juga bergantung pada masa acara diadakan di sana.

Lokasi

lokasi istana budaya

Alamat: Jln Tun Razak, Titiwangsa, 50694 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Maps: https://maps.app.goo.gl/ipcER3qLHqYS1SrP8

Kesimpulan

Rekreasi.my menyimpulkan bahawa Istana Budaya adalah pusat seni utama di Malaysia yang mempromosikan dan memelihara warisan seni dan budaya negara melalui pelbagai pementasan seni. Sebagai simbol kebanggaan negara, Istana Budaya berperanan penting dalam meneruskan warisan seni kepada generasi akan datang.

Penulis

Team tempatcuti.my terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam melancong komited untuk menjadi rujukan utama pelancong yang ingin meneroka keindahan Malaysia.

Rekomendasi Untuk Anda

  • Tempat Makan Menarik di Pasir Puteh

    √ 21 Tempat Makan Menarik di Pasir Puteh

    • 0Komentar

    Tempat Makan Menarik di Pasir Puteh – Selamat datang di Pasir Puteh, sebuah kota kecil yang dipenuhi dengan keindahan alam, budaya unik, dan yang paling penting, hidangan makanan yang menggoda selera. Bagi mereka yang mencari pengalaman gastronomi yang luar biasa, Pasir Puteh adalah destinasi yang tak boleh dilewatkan. Dalam entri blog tempat makan menarik di […]

  • Tempat Makan Menarik di Kapit

    √ 17 Tempat Makan Menarik di Kapit Sedap

    • 0Komentar

    Tempat Makan Menarik di Kapit – Selamat datang ke Kapit, sebuah destinasi yang mempesona dengan kecantikan alam semula jadi serta budaya yang begitu kaya. Bagi penggemar kuliner, Kapit juga merupakan tempat yang menawarkan pengalaman makan yang tidak boleh dilewatkan. Dalam tulisan blog ini, kami akan membawa anda menjelajahi beberapa tempat makan yang menarik di Kapit […]

  • Harga Tiket Snow World Genting

    Harga Tiket Snow World Genting

    • 0Komentar

    Harga Tiket Snow World Genting – Kawasan Taman Tema Genting mengandungi Snow World Genting yang boleh dikatakan sebagai kawasan ajaib musim sejuk. Kawasan permainan ini mempunyai suhu kurang daripada 5 darjah Celsius dan banyak hiasan seperti patung di negara sejuk. Patung-patung ini boleh dikatakan seperti haiwan di negara sejuk. Selain itu, terdapat gelongsor seperti gelongsor […]

  • Temapat Makan Menarik di Ranau

    √ 15 Tempat Makan Menarik di Ranau (Best & Sedap)

    • 0Komentar

    Tempat Makan Menarik di Ranau – Keelokan alam semula jadi yang wujud di negeri Sabah sungguh sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Oleh itu, tidak menghairankan Sabah sering menjadi destinasi pilihan para pelancong, terutamanya di Ranau. Banyak destinasi menarik boleh ditemui di sekitar Ranau, seperti Gunung Kinabalu, Taman Kinabalu, Ladang Tenusu Desa Cattle, dan banyak lagi. […]

  • balai seni negara

    √ BALAI SENI NEGARA: Sejarah, Tarikan, Harga Tiket

    • 0Komentar

    Harga Tiket Balai Seni Negara – Galeri Kebangsaan sebelum ini dikenali sebagai Galeri Lukisan Kebangsaan atau Galeri Seni Visual Kebangsaan. Ia merupakan sebuah institusi seni yang mencorakkan landskap seni di negara kita. Terletak di pusat bandar Kuala Lumpur, galeri ini memainkan peranan yang signifikan dalam menggalakkan, memaparkan, dan menghargai seni visual Malaysia. Dengan koleksi yang […]

  • jambatan gantung tamparuli

    √ Jambatan Gantung Tamparuli: Sejarah, Legenda, Pesona

    • 0Komentar

    Jambatan Gantung Tamparuli merupakan salah satu destinasi yang menarik di negeri Sabah. Ia menjadi tempat utama bagi penduduk tempatan untuk mengambil gambar dan juga menjadi tumpuan pelancong asing yang melawat ke Sabah kerana kisah yang mengelilingi jambatan ini. Berdasarkan sumber arkib Sabah, sebenarnya Jambatan Tamparuli bukanlah jambatan gantung seperti yang disangka. Sebaliknya, jambatan ini terbuat […]

expand_less