Breaking News
light_mode
Trending Tags
Home » Tempat Menarik » Kuala Lumpur » √ ISTANA BUDAYA: Sejarah, Tarikan, Harga Tiket

√ ISTANA BUDAYA: Sejarah, Tarikan, Harga Tiket

Harga Tiket Istana Budaya – Istana Budaya dibuka secara rasmi pada tahun 1999 sebagai Teater Seni Persembahan Negara Malaysia untuk acara kebudayaan seperti konsert muzik klasik, pertunjukan teater tempatan dan antarabangsa, muzik tempatan tradisional, opera, persembahan tarian dan sebagainya.

Sejarah

sejarah istana budaya

Sejarah Istana Budaya bermula pada tahun 1964 apabila cadangan untuk menubuhkan Pusat Kebudayaan Kebangsaan diajukan oleh Kementerian Penerangan dan Penyiaran, serta Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Sosial.

Istana Budaya diilhamkan semasa Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 sebagai wadah seni Malaysia. Pengwujudannya dimulakan dengan penubuhan Kumpulan Budaya Negara (KBN) pada tahun 1972 di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia, dan Sukan. Pada tahun 1973, KBN berpindah dari Jalan Ampang ke Kompleks Budaya Negara di Jalan Tun Ismail, yang menumpukan kegiatan profesional dalam seni tari dan seni muzik tradisional.

Istana Budaya mula dibina pada tahun 1995 dengan kos pembinaan sebanyak RM210 juta, dengan keluasan 5.44 hektar dan keluasan lantai 21,000 meter persegi. Istana Budaya merupakan panggung pertama di Asia yang dilengkapi dengan mekanisme pentas yang paling canggih untuk pementasan teater.

Rekabentuk bangunan ini mencerminkan kebudayaan Melayu dan terletak berhampiran Tasik Titiwangsa di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Pembinaannya siap pada tahun 1998. Pembukaan Istana Budaya dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1999. Nama Istana Budaya digunakan secara rasmi selepas dirasmikan pada 15 September 1999, sebelumnya dikenali sebagai Panggung Negara. Pada tahun 2000, Kabinet memutuskan secara rasmi untuk menggantikan nama Panggung Negara kepada Istana Budaya.

Fungsi

fungsi istana budaya kl
  • Merancang dan melaksanakan persembahan berkualiti dalam bidang teater, tari, dan muzik di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • Meningkatkan kuantiti persembahan yang cemerlang dan unggul di Malaysia.
  • Merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan melalui teknologi komunikasi bagi meningkatkan khalayak.
  • Menyediakan khidmat nasihat dan meningkatkan kepakaran seni persembahan pentas.

Tarikan

tarikan istana budaya

1. Seni Bina

Keunikan senibina Istana Budaya bersandarkan konsep beberapa aspek kebudayaan Melayu. Dilihat dari atas, bangunan Istana Budaya berbentuk seperti wau bulan Kelantan. Bentuk bangunan pula seperti sirih junjung – lambang pemula upacara yang sering digunakan dalam istiadat perkahwinan Melayu dan upacara menyambut tetamu.

Bangunan berkonsepkan bentuk rumah Melayu dengan tiga bahagian utama – serambi untuk lobi, rumah ibu untuk Panggung Sari, serta rumah dapur untuk pentas utama dan dewan latihan. Tangga untuk ke Panggung Sari berkonsepkan tangga tradisional rumah Melayu Melaka.

Bangunan ini direka oleh Muhammad Kamar Ya’akub, seorang arkitek tempatan. Sumber inspirasi untuk reka bentuk bangunan ini adalah berdasarkan kepada layang-layang tradisional (wau bulan) yang sedang terbang. Bahagian rekabentuk bangunan utama pula diambil dari bentuk ‘junjung sirih’, satu corak susunan tradisional atau hadiah yang dibuat dari daun sirih yang digunakan untuk upacara sambutan atau perkahwinan orang Melayu.

Seperti rekaan dalaman rumah tradisional Melayu, bahagian dalam bangunan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu “serambi” sebagai lobi dan ruang legar, “rumah ibu” atau ruang utama sebagai auditorium, dan “dapur” sebagai pentas dan dewan raptai.

Rekaan dalaman bangunan ini dibina menggunakan sumber-sumber tempatan seperti marmar dari Langkawi dan kayu tropika berkualiti tinggi untuk pintu-pintu yang diukir dengan tangan membentuk corak bunga dan daun. Hamparan yang menghiasi lantai lobi pula bercorakkan bunga cempaka yang sedang mekar dan pokok beringin. Gambaran ini diambil berdasarkan pementasan tradisional Melayu, Mak Yong dan wayang kulit.

Dewan teater yang dipanggil “Panggung Seri” mempunyai kotak tempat duduk khas yang direka khas menyerupai tingkap rumah tradisional Melayu. Dewan ini boleh menempatkan seramai 1,412 orang pada satu-satu masa. Teater ini merupakan teater pertama di Asia yang dilengkapi dengan peralatan canggih dan terkini. Istana Budaya juga dikelaskan di antara sepuluh teater tercanggih di dunia, dan tarafnya diletakkan bersamaan dengan Royal Albert Hall di London.

“Lambang Sari” merupakan panggung yang saiznya lebih kecil berbanding dengan Panggung Sari. Ia terletak di sebelah kanan Panggung Sari. Panggung ini sesuai untuk persembahan produksi-produksi kecil dengan kapasiti 281 orang penonton pada satu-satu masa. Pentasnya adalah berbentuk arena dengan keluasan lantai 500 meter persegi.

2. Persembahan Opera

Sehingga kini mahupun tidak kerap, Istana ini telah pun mementaskan beberapa opera terkenal dunia yang ditulis oleh penggubah-penggubah legenda, antaranya opera The Merry Widow, Tosca, La bohème, Turandot, Carmen dan banyak lagi diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan dan korus.

Harga Tiket Istana Budaya

harga tiket istana budaya

Harga tiket Istana Budaya berbeza-beza bergantung pada acara yang diadakan.

Baca Juga: Harga Tiket Balai Seni Negara

Waktu Operasi

waktu operasi istana budaya

Waktu operasi juga bergantung pada masa acara diadakan di sana.

Lokasi

lokasi istana budaya

Alamat: Jln Tun Razak, Titiwangsa, 50694 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Maps: https://maps.app.goo.gl/ipcER3qLHqYS1SrP8

Kesimpulan

Rekreasi.my menyimpulkan bahawa Istana Budaya adalah pusat seni utama di Malaysia yang mempromosikan dan memelihara warisan seni dan budaya negara melalui pelbagai pementasan seni. Sebagai simbol kebanggaan negara, Istana Budaya berperanan penting dalam meneruskan warisan seni kepada generasi akan datang.

Author

Team tempatcuti.my terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam melancong komited untuk menjadi rujukan utama pelancong yang ingin meneroka keindahan Malaysia.

Pilihan untuk Anda

  • taman negara niah

    √ TAMAN NEGARA NIAH: Review, Harga Tiket

    • visibility 311
    • 0Comment

    Harga Tiket Taman Negara Niah – Taman Negara Niah, sebuah mutiara yang tersembunyi di Sarawak, Malaysia, menawarkan kombinasi yang sempurna antara kecantikan alam semula jadi dan nilai sejarah yang tidak dapat diperkirakan. Lebih dikenali sebagai tempat tinggal Gua Niah, tapak arkeologi yang penting dengan lukisan gua yang telah wujud selama beribu-ribu tahun, taman ini menarik […]

  • minnature malaysia

    √ MINNATURE MALAYSIA: Tarikan, Aktiviti, dan Harga Tiket

    • visibility 277
    • 0Comment

    MinNature Malaysia stempelkan dirinya sebagai persembahan terbesar untuk model dalaman miniatur dan kereta api tetap di Asia, dan kedua terbesar di seluruh dunia. Pintu dibuka pada November 2016 setelah delapan tahun penyediaan, pengumpulan dana, proses pemodelan, dan pembinaan. Asalnya, ia menempati ruang lapang seluas 17,000 kaki persegi di Subang Jaya, tetapi pada Julai 2020, ia […]

  • Tempat Makan Menarik di Bera

    √ 17 Tempat Makan Menarik di Bera Sedap

    • visibility 297
    • 0Comment

    Tempat Makan Menarik di Bera – Selamat sejahtera kepada semua peminat makanan yang bersemangat! Adakah anda sedang mencari destinasi makanan yang menarik di Bera yang akan memukau selera anda? Jika ya, anda berada di tempat yang tepat. Dalam karya tulisan tempat makan menarik di Bera ini, kami akan membawa anda dalam pengembaraan menelusuri keindahan kuliner […]

  • muzium budaya borneo

    √ MUZIUM BUDAYA BORNEO: Review & Harga Tiket

    • visibility 318
    • 0Comment

    Harga Tiket Muzium Budaya Borneo – Muzium Kebudayaan Borneo merupakan sebuah kompleks muzium yang membanggakan lima tingkatnya, terletak di Kuching, Sarawak, Malaysia. Muzium ini menjadi pameran cemerlang yang mengetengahkan kekayaan warisan budaya Borneo secara menarik. Keistimewaan muzium ini terletak pada seni bina moden yang memukau dan pelbagai pameran yang merangkumi aspek-aspek kehidupan orang asli, seni […]

  • pasar terapung pulau suri

    √ PASAR TERAPUNG Pulau Suri: Review & Harga Tiket

    • visibility 319
    • 0Comment

    Harga Tiket Pasar Terapung Pulau Suri – Pasar Terapung Pulau Suri, terletak di muara Sungai Kelantan, Tumpat, Kelantan, Malaysia, menawarkan pengalaman pelancongan budaya yang sangat istimewa. Ia duduk di atas Pulau Suri, menyulam daya tarik di Kelantan dengan atmosfera asli dan pesona tradisional yang menawan hati para pengunjung. Tarikan Pasar Terapung Pulau Suri menawarkan pengalaman […]

  • Tempat Makan Menarik di Besut

    √ 20 Tempat Makan Menarik di Besut Paling Popular

    • visibility 322
    • 0Comment

    Tempat Makan Menarik di Besut – Selamat datang ke Besut, sebuah bandar yang terkenal bukan hanya kerana kecantikan pantainya, tetapi juga hidangan yang memukau. Jika anda peminat makanan dan mencari tempat makan menarik di Besut, anda telah sampai ke tempat yang tepat. Dalam blog tempat makan menarik di Besut ini, kami akan membawa anda dalam […]

expand_less